diterbitkan pada 26 Januari 2023
diterbitkan pada 26 Januari 2023
Artikel kali ini akan menerangkan antara perkara yang anda boleh dapat daripada seorang mentor melalui sesi 1-1. Sedang belajar atau baru beberapa tahun dalam industri IT? Anda adalah golongan profesional muda yang kami maksudkan.
Industri IT berkembang sangat pantas. Apa yang dipelajari semasa di universiti perlu disertakan dengan pengetahuan yang digunakan di luar sana (persekitaran pekerjaan). Contoh paling mudah; sebahagian daripada kita mungkin pernah belajar programming dengan C atau membina website mudah dengan HTML.
Untuk pekerjaan yang melibatkan dengan pembangunan laman web, industri kini beralih kepada frameworks dan alat-alat untuk menyokong perniagaan dan mencapai matlamat organisasi. Dokumentasi untuk memulakan perjalanan dengan alat-alat ada disediakan di laman-laman web rasmi yang berkenaan.
Adapun rujukan yang boleh dicapai melalui laman web, kita tidak lari untuk mencapai satu tahap; memerlukan sokongan daripada manusia yang lain. Seorang mentor boleh membantu anda untuk menjadi lebih mahir dalam menyelesaikan masalah untuk kerjaya anda.
Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang mentor yang mampu mengubah pemikiran anda!
Mentor ialah seseorang yang mempunyai kemahiran khusus dan berpengalaman yang ingin membantu dan memberikan sokongan kepada orang lain ataupun menteenya. Mentee ini cenderung mengikut jejak langkah mentor mereka.
Mentoring atau dalam bahasa Melayunya disebut sebagai bimbingan boleh berlaku dalam pelbagai persekitaran, walaupun ia biasanya hanya dianggap sebagai hubungan di tempat kerja pada zaman kini. Sebagai contoh, dalam tempat kerja, profesional berpengalaman akan mengambil rekrut baru di bawah mereka dan membimbing mereka melalui proses induksi.
Hubungan mentor ini hanya berlaku untuk jangka masa yang singkat atau mungkin juga berterusan. Ia boleh berlaku dalam bentuk dinamik formal contohnya melalui mesyuarat atau melalui peristiwa-peristiwa penting.
Mentor ialah orang yang boleh membawa kepada matlamat yang kita mahu dengan membimbing, menasihati dan mengajar. Kerana lebih banyak makan garam, kita dapat belajar daripada pengalaman mereka, mudah-mudahan kesilapan yang mereka pernah hadapi dahulu tidak akan berulang kepada kita. Mempunyai mentor adalah salah satu cara kita kekal di landasan hidup yang betul.
Mentee ialah seseorang yang dibimbing oleh mentor. Mari kenali jenis-jenis mentor yang ada:
Seorang mentee dan mentor digabungkan melalui program atau secara sendiri (personal). Mentee dan mentor perlu mengambil bahagian dalam hubungan pementoran dengan struktur dan jangka masa yang telah ditetapkan oleh mereka atau seperti yang ditetapkan oleh program.
Seorang mentor dipadankan dengan beberapa orang mentee. Biasanya, struktur program membenarkan mentor memberi tunjuk ajar dan mengawal aktiviti yang ada.
Hubungan pementoran ini adalah di mana kedua-dua pihak (atau kumpulan) berada di lokasi yang berbeza. Disebut juga pementoran "maya" melalui platform internet seperti online meeting.
Di Clazzy Academy, kami menyediakan perkhidmatan mentor yang menggabungkan pementoran 1-1 dan pementoran jarak jauh secara maya. Untuk info lanjut, sila layari clazzy.my.
Mentor yang baik akan disenangi oleh mentee mereka. Mentor yang bagus mempunyai pengetahuan yang relevan dalam bidang anda dan sentiasa ikhlas untuk memberikan sokongan dan tunjuk ajar. Mereka sentiasa bersifat terbuka untuk berkongsi pengalaman mereka dengan jujur dan mahir dalam membantu pembangunan teknikal, kemahiran dan kerjaya.
Sebelum anda mendapatkan bantuan daripada seorang mentor, anda perlu mencuba untuk membantu diri sendiri walaupun sedikit. Dengan ini, anda boleh menyenaraikan perkara atau isu untuk diselesaikan bersama. Dalam programming, anda berupaya memberikan konteks yang jelas kepada mentor.
Sedangkan di Stack Overflow juga anda perlu menyatakan "bagaimana cara untuk mendapatkan isu ini?", "apakah langkah yang telah diambil?" dan "apakah hasil yang sepatutnya?". Dengan ini, masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah dapat dikurangkan berbanding masa untuk menceritakan tentang masalah.
Belajar merupakan pengalaman yang luar biasa. Walau bagaimanapun, belajar juga boleh menjadi satu cabaran. Oleh sebab itu, pentingnya mempunyai seorang mentor yang boleh memberikan sokongan moral sepanjang proses jatuh bangun dalam bidang pembelajaran. Ini boleh mengukuhkan semangat dan ketabahan seseorang pelajar dalam mengharungi proses pembelajaran mereka.
Semasa seorang pelajar tersebut mempelajari sesuatu perkara baru, mereka berpeluang membincangkan idea-idea mereka dengan seseorang yang berkongsi minat yang sama dengan mereka. Oleh sebab itu pelajar perlukan seorang mentor yang mampu membantu mereka membuat sesuatu keputusan dengan baik. Mentor yang berpengalaman boleh membantu seseorang pelajar memahami konsep yang mereka pelajari di dalam kuliah dan cara mengaplikasikan pengetahuan itu semasa bekerja.
Contohnya, seseorang itu belajar dalam bidang IT atau sains komputer, mentor berkemungkinan akan menyertai program yang berkaitan dalam bidang yang sama seperti seminar, kursus, bengkel, pensijilan, pertandingan dan lain-lain.
Barangkali, kedua-dua mentor dan mentee dapat menghadiri aktiviti yang sama, atau sekurang-kurangnya mengetahui mentor tersebut akan berkongsi pengalaman mereka semasa bekerja di industri atau melalui proses penyelidikan yang pernah dilakukan. Pelajar sendiri boleh bertanya lebih lanjut tentang bidang tersebut kepada mentor mereka.
Jika anda berminat untuk belajar dengan mentor secara 1:1 dan maya, boleh layari clazzy.my.
Faedah mentor terlalu banyak seperti membantu perkembangan diri mentee, memberi kesan positif diri kepada mentee tersebut, organisasi pekerjaan, pengajian dan orang sekeliling mereka. Melalui pendedahan kepada perspektif baharu, pementoran dapat menyokong kebolehan diri serta memberi kesan kepada peningkatan peluang menambah baik diri.
Kami akan membincangkan pelbagai manfaat bimbingan untuk mentee dalam pembelajaran atau pekerjaan, serta beberapa faedah lain dengan lebih terperinci.
Sebagai mentee, anda bukan sahaja mendapat manfaat untuk pembangunan diri dalam bidang pembelajaran atau pekerjaan, malah terdapat banyak faedah lain yang akan dihuraikan dalam kandungan perkongsian ini.
Kerja kursus, tugasan dan projek sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan pelajar. Daripada anda menyekatkan kemajuan dalam tugasan pengajian, anda sewajarnya mendapatkan bantuan daripada yang lebih arif. Bimbingan mentor kepada pelajar khusus untuk menyiapkan diri sebelum mereka menamatkan pengajian.
Setiap minggu atau bulan, pelajar bertemu dengan mentor mereka untuk menilai kemajuan akademik mereka dan untuk menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, membangunkan pelan tindakan, dan mempelajari pengurusan masa dan strategi perancangan. Interaksi yang disengajakan ini dapat membantu pelajar membangunkan satu set kemahiran yang universal — penetapan matlamat, kebolehsuaian dan refleksi — yang diperlukan untuk kejayaan di kolej, kerjaya dan kehidupan.
Rutin bimbingan yang boleh dipercayai membolehkan pelajar membina hubungan dengan pengajar yang dibina atas kejujuran dan kepercayaan dari semasa ke semasa. Mentor berfungsi sebagai rakan kongsi pemikiran untuk pelajar dalam perjalanan akademik mereka dan membantu memperkasakan mereka untuk menjadi pelajar yang berautonomi dan ejen perubahan kendiri.
Komponen penting dalam sesi bimbingan 1:1 ialah refleksi kendiri sesorang pelajar tersebut, yang memberi peluang membina kesedaran tentang keupayaan mereka untuk menetapkan dan mengikuti matlamat akademik dan sosial. Pelajar yang mengamalkan penetapan matlamat individu dan refleksi dari semasa ke semasa berkebolehan dalam menilai kekuatan mereka dengan lebih tepat. Untuk kemajuan diri, mereka juga mampu bertindak mengikut bidang yang mereka mahu.
Menerokai minat peribadi perlu berjalan seiring dengan mengenal pasti kekuatan, dan pelajar digalakkan untuk menerokanya secara menyuluruh sama ada di tempat belajar mahupun diluar— melalui program dan projek kelab atau komuniti — yang membantu membina dan mengembangkan minat peribadi.
Seterusnya, untuk perbincangan beberapa faedah bimbingan ini dengan lebih mendalam, mari kita lihat faedah bimbangan ini terhadap individu serta aspek-aspek yang lain.
Mengenalpasti matlamat anda dengan seseorang profesional yang dipercayai memerlukan analisis diri yang serius mengenai kekuatan, kelemahan diri sendiri dan nilai yang ada dalam diri anda. Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai mentor lebih sedar diri daripada mereka yang tidak mempunyai mentor. Kesedaran diri adalah sangat penting apabila ia berkaitan dengan pembangunan kerjaya.
Bagi kedua-dua mentee dan mentor, proses pementoran mendedahkan idea-idea baharu serta cara berfikir yang berbeza dan cara penyelesaian masalah. Ini boleh memberi kesan berpanjangan kepada kedua-duanya (mentor dan mentee) menggalakkan berkalukannya inovasi dalam proses pertukaran idea.
Tambah pula dengan fleksibiliti dunia teknologi, akan sentiasa ada lebih daripada satu untuk mencapai objektif yang sama. Contohnya dalam Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar, aplikasi hybrid membenarkan aplikasi dilepaskan ke pelbagai jenis platform berbanding aplikasi native.
Maklum balas ialah sesuatu yang kita semua mahukan untuk menambah baik diri sendiri. Mentor dapat membantu menteenya mengembangkan hubungan mereka dengan maklum balas dengan cara yang produktif.
Tiada jalan mudah untuk kejayaan dan ini adalah faedah yang diimpikan pelajar dan graduan baharu. Anda berpeluang untuk menguasai kemahiran yang diperlukan industri dengan bimbingan mentor seperti best practices dan penyelesaikan masalah teknikal; contohnya daripada projek yang ditugaskan kepada anda.
Berdasarkan kajian Sun Microsystems untuk lebih kurang 1,000 pekerja dalam tempoh lima tahun, mereka yang menerima bimbingan ini kebarangkalian untuk dinaikkan pangkat adalah lima kali lebih kerap daripada orang yang tidak mempunyai mentor.
Mencapai matlamat membuatkan seseorang itu berasa puas dan berjaya dengan diri sendiri. Dengan adanya mentor yang sering membantu mentee mencapai matlamat kerjaya mereka, kepuasan kerja secara semula jadi juga boleh meningkat.
Begitu juga, mentor menganggap pekerjaan mereka lebih bermakna dan sekaligus dapat mengecapi kepuasan dalam pekerjaan.
Mereka yang mempunyai mentor akan dapat manfaat daripada mengembangkan rangkaian peribadi mereka di luar rakan sekerja mereka. Seorang mentor boleh memperkenalkan anda kepada pelbagai jenis orang yang memberi inspirasi yang akan memberi kesan kepada kerjaya mentee di kemudian hari.
Orang yang bergelut dengan isu kesihatan mental ini sering berasa terasing dan boleh mengalami kebimbangan yang kritikal tentang masa depan dan kebolehan mereka sendiri. Kongsikan permasalahan anda dan selesaikannya secara berperingkat!
Berdasarkan kajian mentalhealth.org.uk menyatakan bahawa pementoran sebagai kaedah menyokong isu kesihatan mental di tempat kerja, institusi pembelajaran untuk kedua-dua mentor dan mentee.
Peningkatan keyakinan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental, terutamanya apabila mentee berasa disokong dalam keputusan dan laluan kerjaya mereka.
Mempunyai keupayaan untuk berkongsi idea dalam mesyuarat dan mampu berdiri sendiri dalam situasi yang mencabar, individu yang mempunyai mentor mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap diri mereka sendiri.
Kedua-dua gejala negatif yang seringkali berlaku dalam bidang IT seperti:
dapat ditangani dengan bimbingan daripada profesional dalam bidang ini sendiri tanpa perlunya campur tangan daripada ahli psikologi.
Kajian Perniagaan Harvard menjalankan kajian yang menyelidik kesan positif bimbingan, dan mendapati bahawa orang yang berkhidmat sebagai mentor mengalami tahap kebimbangan yang lebih rendah, dan menyifatkan tugas mereka sebagai lebih bermakna, berbanding mereka yang bukan mentor.
Bimbingan kepada organisasi pula tampak lebih umum berbanding individu. Mentor yang berpengalaman dengan pelaksanaan hinggalah pengurusan berupaya untuk menyediakan khidmat nasihat dan konsultasi kepada organisasi.
Setiap perbualan anda dengan seseorang yang berasal dari latar belakang berbeza dan mempunyai pengalaman hidup yang berbeza, akan mengajar anda sesuatu perkara yang baru. Sama ada secara khusus mengenai perniagaan yang anda sertai atau secara umum. Perkara ni membuka peluang untuk belajar dan berkongsi dengan orang lain dalam keadaan yang selamat boleh memberi kesan yang besar sesama sendiri.
Jika perbualan ini berlaku secara berskala di seluruh organisasi anda, ianya mampu meningkatkan empati, kesedaran diri dan kecekapan budaya yang boleh membantu memupuk tempat kerja yang inklusif.
Banyak bukan kelebihan bimbingan ini kepada pelajar mahupun individu itu sendiri? Mari kita teruskan lagi dengan melihat kelebihan bimbingan ini dalam alam pekerjaan pula.
Program mentor yang berjaya mampu memupuk budaya pembelajaran yang kondusif. Ini dapat menambahbaik keseluruhan organisasi dan mewujudkan pasukan bekerjasama dan gembira di tempat kerja.
Pementoran banyak membantu dalam proses perwakilan minoriti di peringkat pengurusan, dengan banyak organisasi menggunakan pementoran untuk meningkatkan jantina dan kepelbagaian etnik dalam peranan kepimpinan.
Mentor ialah salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan dan berkos rendah untuk pekerja kanan menyampaikan pengetahuan tentang industri dan organisasi kepada kakitangan yang baru.
Dengan adanya bimbingan mentor, pekerja berasa lebih berpuas hati di tempat kerja. Ini membolehkan pekerja mempunyai kesan positif dalam penglibatan dan pengekalan kerja.
Program pementoran ialah faedah kerja yang menarik untuk ramai orang, terutamanya milenium, yang mengharapkan peluang bimbingan dan pembangunan daripada syarikat. Hasil daripada sesi mentor-mentee, barangkali anda menjadi mentee bertuah yang disyorkan oleh mentor untuk peluang pekerjaan, sama ada diserap untuk bekerja ataupun ditawarkan ke pangkat yang lebih tinggi.
Ya, itupun dia, kita sudah membincangkan bermacam faedah bimbingan ini dalam semua aspek! Jika anda masih belum mempunyai mentor lagi, jangan terlepas untuk mulakan sesi 1-1 ini demi pembangunan diri yang lebih maju dan produktif.
Atau jika anda adalah seseorang pelajar universiti yang mahu mengubah diri, ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang IT serta mahu meningkatkan mutu diri untuk persedian kerja pada masa hadapan? Mari sertai Program Pementoran di Clazzy Academy yang dibimbing mentor-mentor yang berpengalaman dalam industri IT. Untuk maklumat lanjut, sila layari clazzy.my.
EU Business School. (2021, August 13). Why Mentoring Matters and How Students Can Benefit. Blog | EU Business School. https://www.euruni.edu/blog/
Summit Learning. (2020, March 19). Power of Mentorship: Why Every Student (and Teacher) Benefits. https://blog.summitlearning.org/
Cronin, N. (2019, November 23). The Powerful Benefits of Mentoring | Guider. Guider-Ai. https://www.guider-ai.com/blog/
Types of Mentoring. (2018, February 1). Human Resources. https://hr.ucdavis.edu/
Lisa, Q. (2011, October 31). How Becoming a Mentor Can Boost Your Career. Forbes. https://www.forbes.com/
Anda boleh belajar teknologi dalam sesi 1-1 sama ada bagi menyelesaikan masalah dengan projek, tugasan, atau bermula dari asas. Kami sarankan anda untuk memilih... Baca lebih lanjut
Akan datang.
Akan datang.