Memperkenalkan Clazzy Live Mentor - Clazzy Academy Blog
Clazzy Ahmad Faris Azrai

diterbitkan pada 25 Januari 2023

Ahmad Faris Azrai dalam Program
Sejak pelancaran Clazzy Academy pada pertengahan tahun 2021, kami telah bawakan kelas teknologi secara LIVE! Lebih 110 kelas telah dijalankan, Clazzy Professionals juga berpeluang memberi bimbingan dengan sesi 1-1. Hari ini kami melancarkan Clazzy Live Mentor untuk menambah baik pengalaman belajar teknologi!


Sebelum kita lihat apa itu Clazzy Live Mentor, jom lihat kejayaan komuniti belajar teknologi Malaysia dari Clazzy: - 2,400+ orang berdaftar untuk belajar - 70+ sesi 1-1 dijalankan selepas kelas Live - 130+ jumlah jam sesi 1-1 - 250+ penyertaan Discord Clazzy Academy- 500+ penyertaan Telegram Clazzy Academy

Clazzy Academy Dikemaskini

Kali ini bukan kelas sahaja yang Live, Mentor juga Live! Jutaan terima kasih kepada peserta-peserta kelas Live yang menyertai kelas dan memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan teknologi yang ada di Clazzy Academy.

Tempah Sesi dengan Clazzy Pros

Clazzy Banner Mentor

Sejak kelas Live diadakan, ramai peserta menghantar mesej kepada kami untuk sesi 1-1 dengan Pros. Sebelum ini, kami padankan Request anda mengikut masa dan silabus yang sesuai. Kali ini, anda boleh menekan butang "Request 1-1" untuk sesi 1-1 bersama Pros pilihan anda.

Pilihan Plan dan Masa

Clazzy Banner Mentor

Anda boleh memilih plan dan masa yang sesuai dengan anda. Sekiranya tidak pasti atau memerlukan cadangan, mesej kami untuk maklumat lanjut dan kami akan bantu secepat mungkin!

Sembang dengan Pros Sebelum Memulakan Sesi

Anda mungkin mempunyai banyak soalan tentang Coding, belajar teknologi baru dan perlu cara untuk selesaikan masalah dengan projek. Silakan untuk berkongsi isu dan bertanya soalan kepada Pros.

Clazzy Banner Mentor

Kami berharap anda dapat mahir teknologi dan Tools yang digunakan dalam industri IT dengan lebih cepat dan berkesan. Bidang ini semakin berkembang dari masa ke masa, nantikan yang terbaru daripada kami.

Kami mengalu-alukan maklum balas untuk menambah baik pengalaman belajar teknologi di Clazzy Academy, semoga berjaya!

Artikel Yang Berkaitan

Clazzy Mentor Mr Kamil

Senarai Kursus Teknologi Mengikut Kerjaya & Bidang IT

Anda boleh belajar teknologi dalam sesi 1-1 sama ada bagi menyelesaikan masalah dengan projek, tugasan, atau bermula dari asas. Kami sarankan anda untuk memilih... Baca lebih lanjut

Clazzy Afiqah Zainor
Ahmad Faris Azrai
13 Jan, 2023
Clazzy Mentor Mr Kamil

Mr Kamil & Sesi Laravel

Akan datang.

Clazzy Afiqah Zainor
Afiqah Zainor
Akan terbit
Clazzy Mentor Mr Safwan

Mr Safwan & Sesi IoT

Akan datang.

Clazzy Afiqah Zainor
Afiqah Zainor
Akan terbit